Rahsia Besar Laman Web Minisite

Perkongsikan sedikit rahsia besar penggunaan laman web minisite untuk aktiviti pemasaran anda di internet.

Sebagai seorang usahawan internet, anda perlu mengumpulkan senarai prospek untuk tujuan pemasaran anda. Jadi, timbul persoalan bagaimana cara untuk mengumpulkan prospek ini?

Antara cara untuk anda mengumpulkan senarai prospek untuk tujuan pemasaran internet anda adalah; anda terlebih dahulu perlu kenali apakah pasaran yang ingin anda ceburi. Seterusnya anda perlu lihat apakah permintaan yang ada di pasaran tersebut. Lihat apakah masalah yang dihadapi oleh pasaran dan seterusnya anda bekalkan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Anda boleh mendapatkan senarai prospek dengan menawarkan khidmat percuma kepada pengguna yang menghadapi masalah tersebut.

Maksud khidmat percuma ini adalah seperti membekalkan tips – tips percuma yang boleh membantu mereka. Sebagai contoh jika anda masuk ke pasaran “mengurangkan berat badan”, anda boleh menawarkan tips – tips mengurangkan berat badan secara percuma kepada pengguna yang menghadapi masalah berat badan tersebut.

Setelah memperolehi sejumlah prospek, maka anda mampu untuk mempromosikan pula produk berbayar kepada mereka. Sebagai contoh, katakan anda merupakan ejen syarikat jualan langsung, anda boleh mempromosikan produk – produk mengurangkan berat badan daripada syarikat tersebut. Oleh kerana prospek anda adalah pengguna yang menghadapi masalah dengan berat badan, maka apabila anda tawarkan produk yang bersesuaian, mereka mungkin akan membelinya!

Bayangkan jika anda mempunyai 2000 orang senarai prospek yang berada di dalam mailing list anda. Sekiranya 100 orang yang membuat pembelian pada waktu anda melakukan promosi menerusi email, maka berapakah keuntungan yang bakal anda perolehi? Katakan setiap jualan anda untung RM50.00. Jika 100 orang yang beli, maka anda mampu meraih keuntungan RM5000.00 hanya menerusi email sahaja!

Maka dengan itu, anda perlu membina satu halaman yang mampu menangkap prospek – prospek yang mempunyai masalah di dalam pasaran yang ingin anda ceburi. Cara untuk menangkap butiran prospek ini adalah dengan membina laman web minisite yang dikenali sebagai squeeze page.

Sebagai informasi, kebanyakan usahawan internet mampu menghasilkan keuntungan jualan yang berlipat kali ganda adalah kerana mereka memiliki sejumlah prospek yang besar! Oleh itu, jika anda ingin “survive” dalam pemasaran internet, jangan bertangguh lagi. Bina segera laman web minisite anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>